Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan menjelang April 2015 menuntut pelbagai transformasi dalam struktur pengiraan pelbagai peringkat. Pengiraan yang betul memastikan syarikat atau organisasi yang menggunakan GST tidak terlebih atau terkurang bayar bagi mengelakkan risiko panelti. Semakin besar sesebuah syarikat itu, lebih komplek pengiraan yang diperlukan. Teknologi boleh membantu meringankan beban sekaligus menjadi kaedah untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan. Bersama kita di studio ialah Encik Thavanesh Gopalan, Timbalan Presiden Icontro Software Sdn Bhd.