Malaysia berada di landasan yang tepat dalam membangunkan sistem pendidikan dan kewangan Islam sehingga diiktiraf negara luar sebagai pakar dalam membangunkan kedua-dua institusi itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata disebabkan itu sepatutnya tiada pihak terus mempertikaikan hakikat negara ini sebuah negara Islam.