Berbelanja di saat akhir memang sinonim dengan warga kota. Bagaimanapun, situasi itu kini dilihat sedikit berbeza kerana baru sahaja masuk minggu kedua berpuasa orang ramai sudah mula berpusu-pusu membeli belah. Tinjauan Astro Awani di sekitar Jalan Masjid India hari ini mendapati pengguna sudah bijak berbelanja bagi mengelak daripada bersesak di penghujung bulan puasa.
Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.