DAP diminta tidak mencipta alasan kekalahan pada PRK Teluk Intan berpunca kurangnya pengundi luar kawasan pulang pada hari pengudian yang diadakan pada Sabtu. Ahli Parlimen baru Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berkata, DAP juga tidak boleh menjamin semua pengundi luar akan memberi undi kepada parti itu seandainya mereka pulang untuk mengundi.