Satelit Jepun telah mengesan kira-kira 10 objek terapung di kawasan perairan barat daya Australia yang dipercayai serpihan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Agensi berita Kyodo melaporkan, imej satelit berkenaan dikesan kira-kira 2,500 di barat daya Perth, dengan ukuran 26.4 meter panjang dan empat meter lebar.