Kerajaan Malaysia tidak akan menyerah kalah dalam usaha mencari MH370 walaupun kotak hitam pesawat hanya mengeluarkan isyarat selama 30 hari. Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ahmad Nizar Zolfakar, berkata kerajaan malaysia telah memberi komitmen untuk meneruskan operasi mencari sehingga kotak hitam pesawat dijumpai.