Perbicaraan kes ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat dan tiga pengikutnya berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, ditangguh kepada 17 Mac ini.
Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu susulan permohonan bagi kedua-dua kes dibicarakan serentak oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khalmizah Salleh hanya dihantar semalam.