Balai-balai polis bergerak di seluruh negara akan diberikan nafas baru untuk membolehkannya memberi perkhidmatan yang lebih bermutu kepada masyarakat. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Astro Awani, kesemua Ketua-ketua Polis Negeri telah diarahkan untuk lebih kreatif dalam menjadikan balai-balai polis bergeral lebih efektif dalam menangani jenayah.