Polis Kelantan berjaya mematahkan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan tiga suspek bersama dadah jenis syabu dan heroin yang dianggarkan bernilai hampir RM200 ribu. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Acp Azham Othman berkata, dua daripada tiga suspek yang ditahan di dalam Ops Jala itu merupakan adik beradik yang berusia antara 22 hingga 23 tahun.