Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengemukakan pelbagai perkara untuk dipertimbangkan kerajaan demi kepentingan kira-kira 1.5 juta penjawat awam menjelang sambutan hari pekerja penjawat awam 2014 Khamis ini.
Cuepacs mengemukakan permintaan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan kelmarin.