Penguatkuasaan undang-undang dan hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas syarikat pengeluar yang tidak mematuhi peraturan kawalan makanan khususnya berhubung logo halal. Itu, gesaan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Ini kerana pihak pengguna seolah-olah ditipu membeli barangan yang mempunyai logo halal yang kemudian terbukti sebaliknya.