Keluarga penumpang MH370 di Beijing akan menerima kenyataan yang dikeluarkan cawangan siasatan kemalangan udara UK, AAIB.
Kenyataan itu akan diserahkan pasukan peringkat tinggi Malaysia yang berlepas ke Beijing, malam ini.
Kehadiran pasukan itu juga diharap mampu memberi pemahaman dan memperjelaskan kepada keluarga penumpang di China, mengenai tindakan yang diambil Malaysia berhubung penerbangan MH370.