Tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang parah dalam nahas bas di kilometer 25.2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Shah Alam kini dilaporkan stabil.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Universiti berkenaan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata ketiga-tiga pelajar itu sudah dipindahkan ke wad biasa manakala semua mangsa yang cedera ringan dibenarkan pulang.