Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan Jepun akan menarik diri daripada misi mencari MH370 di selatan Lautan Hindi.
Malah katanya, Jepun berminat untuk menghantar pakar-pakarnya bagi menyertai panel siasatan antarabangsa berhubung insiden tersebut.