Firefly Sdn. Bhd. mengesahkan pesawat FY1002 yang berkongsi kod dengan penerbangan MAS MH9948 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu pada 6.55 pagi Khamis, berpatah balik dan mendarat dengan selamat pada 7:30 pagi.
Dalam satu kenyataan media, Firefly menjelaskan ia disebabkan gear pendaratan pesawat itu didapati tidak berfungsi setelah berlepas.