Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat yang dihadapinya.
Ia berikutan tarikh akhir untuk merayu akan tamat pada khamis.
Salah seorang peguam Anwar, Zaleha Al-Hayat, memberitahu pihak pembelaan akan memfailkan petisyen itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.