Badan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memaklumkan kawasan pencarian pada Ahad dibahagikan kepada dua bahagian. Ia meliputi kawasan seluas 59,000 kilometer persegi. AMSA dalam satu kenyataan berkata, pemilihan kawasan ini dibuat berdasarkan kajian aliran hanyut. Sebanyak 8 pesawat akan terbang ke kawasan carian sekitar 2500 kilometer dari Perth. Ia termasuk pesawat awam seperti dua Bombardier, sebuah Gulfstream 5 dan sebuah Airbus 319.