Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menjelaskan beliau tidak melatah bila mengumumkan imej satelit objek yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370. Ini memandangkan beliau mempunyai tanggungjawab bagi memaklumkan kepada keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan usaha mengesan pesawat terbabit.