Berkuatkuasa 1 April ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD akan menggantung lesen pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata ia adalah usaha berterusan suruhanjaya itu dalam membenteras pemandu teksi tidak bertanggungjawab.
Setakat bulan ini, 10 pemandu teksi digantung lesen selama 3 bulan.