Stadium Sultan Ibrahim Larkin masih dalam pembinaan namum para penyokong sudah boleh rupa paras sebenar stadium berkenaan.
Satu video gambaran secara grafik lengkap berkenaan stadium berkenaan di muat naik di laman rasmi JOHOR Southern Tigers.
Video rakaman grafik dalaman stadium berkenaan memaparkan secara detail rupa paras stadium yang dijangka siap sekitar Jun/Julai 2018.
Ruang ketibaan pemain, bilik persalinan pemain, mixed zone, ruang media serta pejabat di lakar secara grafik jelas untuk peminat melihat keadaan staidum berkenaan apabila ia siap nanti.
Stadium ini menelan belanja sekitar RM 200 juta dan boleh memuatkan 45,000 penonton dalam satu masa dibina pada tanah berkeluasan 14.2 hektar.
Selain stadium hotel, pangsapuri, pusat membeli belah, padang ragbi, gelanggang teni dan futsal turut akan dibangunkan secara berperingkat di tanah 16.2 hektar.
Secara keseluruhan projek ini di bina dia atas tanah berkeluasan 28.3 hektar dengan teknologi dan bentuk yang cukup menarik dan bakal menjadi stadium terbaik di negera ini selepas ia siap nanti.