Tendang Gaetan Bong, Lukaku terlepas hukuman gantung perlawanan

KiniTV 2017-11-28

Views 2.2K

Panel Persatuan Bolasepak (FA) England melepaskan Romelu Lukaku daripada hukuman penggantungan tiga perlawanan kerana menganggap tindakan menendang pertahanan Brighton & Hove Albion, Gaƫtan Bong dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu bukan kesalahan yang melayakkan penyerang Manchester United dilayangkan kad merah.

Panel yang dianggotai tiga bekas pengadil itu dikatakan gagal mencapai keputusan sebulat suara berhubung insiden tersebut selepas menyaksikan rakaman perlawanan yang menyaksikan United menang 1-0 di Old Trafford.

FA England sebelum ini diberitahu bahawa pengadil perlawanan serta pembantunya di garisan tepi padang tidak menyedari berlakunya insiden tersebut menyebabkan ia terpaksa dirujuk kepada panel yang menilainya secara bebas. -

Share This Video


Download

  
Report form