Kata-kata Tite membuatkan pemain termahal dunia Neymar menitiskan air mata.
Tite memberi sokongan kepada Neymar dengan keputusannya berpindah dari Barcelona ke kelab mewah Paris Saint-Germain (PSG).
Di Brazil timbul spekulasi Neymar tidak gembira dan menyesal dengan keputusannya ke PSG namun khabar angin itu disanggah Tite yang merupakan jurulatih Brazil.
Spekulasi itu timbul selepas perbalahan Neymar dan Edison Cavani yang juga penyerang PSG selain didakwa berbalah bersama jurulatih PSG, Unai Emery.
Rabu ini Brazil akan menentang England bagi perlawanan akhir tahun 2017.