Terkejut...kereta muncul lawan arus di LPT

KiniTV 2017-11-13

Views 4.8K

Sebuah video tular di media sosial memaparkan kereta jenis Proton Savvy yang dipandu seorang lelaki melawan arus di kilometer 234 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari susur keluar Gambang menghala Tol Kuantan pada 9 November lalu.

Rakaman yang dirakam dari kenderaan lain itu menunjukkan suara penumpang terkejut apabila kenderaan itu datang dari arah bertentangan.

Keadaan pada hari itu hujan lebat.

Memetik Utusan Online, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superitenden Mohd Nor Yusof Ali berkata kejadian itu dilaporkan berlaku pada 4.45 petang.

Katanya, pemandu berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dituduh di mahkamah pada 27 November ini.

Bagaimanapun, suspek diberi jamin polis dengan seorang penjamin.

Share This Video


Download

  
Report form