Shafie Apdal direman 4 hari

Views 4

Shafie Apdal direman empat hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan bagi tujuan pembangunan projek rakyat di Sabah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas permohonan SPRM.

Polis turut menerima perintah reman enam hari terhadap pegawai media Warisan Amarjit Singh, 47, yang ditahan semalam untuk membantu siasatan kes yang sama. 

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, yang menyambut hari jadinya yang ke-60 hari ini, ditahan oleh agensi anti rasuah malam tadi selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk diambil keterangannya.

Majistret Cindy Mc Jude Balitus bagaimanapun mengarahkan Shafie dikembalikan ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan tambahan masalah kesihatan beliau yang tidak mengizinkan beliau ditahan di lokap SPRM.

Artikel penuh: http://bit.ly/2zqxs8W

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Share This Video


Download

  
Report form