Sementara itu, Pameran Sempena Sambutan Hari Guru Ke-27 memaparkan pencapaian dan sumbangan guru bagi kejayaan pelajar-pelajar dalam pelbagai peringkat mencakupi program-program terkini dan beberapa pencapaian yang membanggakan sama ada di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan pameran tersebut di Ruang Legar, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.