Walau dalam hujan renyai, TMJ ucap terima kasih

KiniTV 2017-09-21

Views 1.7K

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong-penyokong Kelab JDT di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam mencapai misi dan visi kelab itu merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Kata Tunku Ismail, apa yang dilakukan kelab itu dalam perancangan setiap tahun akhirnya akan membuahkan senyuman buat penyokong-penyokong kelab itu.

Tunku Ismail berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan kemenangan sempena kejayaan JDT menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia di Dataran Bandaraya, Johor Bahru malam tadi.

Dalam hujan yang renyai-renyai di hadapan ribuan penyokong yang hadir, Tunku Ismail sempat berseloroh mencadangkan agar kerajaan Johor menghadiahkan cuti buat negeri itu di atas kejayaan JDT.

Share This Video


Download

  
Report form