Pemain baru Chelsea, Davide Zappacosta mengejutkan dunia bola sepak dunia dengan satu jaringan yang cukup luar biasa.
Ketika aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi, Zappacosta menjaringkan gol dari sudut sukar ketika pasukannya membelasah Qarabaq 6-0.
Jika dilihat dari rakaman, ramai beranggapan Zappacosta mahu membuat hantaran tetapi bola itu menerjah masuk ke gawang lawan dengan laju.
Jaringan ini pasti bertanding dalam Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)