Lebih ramai layak dari Noh, cadang Exco S'gor pada Najib

KiniTV 2017-06-28

Views 4.2K

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicadang agar menggantikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dengan seseorang yang lebih profesional.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Iskandar A. Samad berkata Noh lebih suka bermain politik dan mengambil sikap berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.

Iskandar mencadangkan Timbalan Noh, Datuk Halimah Mohamed Sadique lebih berwibawa dan terbuka kerana telah menjawat jawatan itu sejak 2013.

Jelas Iskandar, selain Halimah, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizan Ibrahim juga layak menggantikan Noh sebagai menteri KPKT.

Tegasnya, kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di dalam isu-isu perumahan demi kebajikan rakyat.

Iskandar juga mengingatkan kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek-projek PRIMA dan Perumahan Perkhidmatan Awam 1 Malaysia, malah mereka perlu mematuhi peraturan yang sama seperti pemaju-pemaju swasta yang lain.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Noh berkata Iskandar dilihat mengugut kerajaan Pusat berhubung isu projek perumahan di Selangor.

Noh juga menganggap kenyataan Iskandar seperti kebudak-budakan dengan mendakwa kerajaan Pusat cuba menyerang kerajaan negeri menggunakan isu kepentingan rakyat.

Share This Video


Download

  
Report form