Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak kertas siasatan berkaitan 1MDB dibuka semula.
Memorandum tiga halaman daripada timbalan ketua Pemuda pergerakan itu Faiz Fadzil juga menggariskan dua persoalan susulan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) itu, iaitu:
Siapakah individu yang dinamakan sebagai “isteri Malaysian Official 1” yang didakwa menerima rantai berloket berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.2 juta dan 27 lagi barang kemas bernilai AS$1.3 juta?
Pembelian barang kemas itu adalah “penghargaan” atas arahan isteri Malaysian Official 1 sendiri?
Faiz juga berkata SPRM patut merampas barang-barang kemas itu bagi mengenal pasti sumber sebenar perolehannya.