Sambung mogok lapar 2 hari, kali ini di SPR Putrajaya

KiniTV 2017-06-22

Views 1

Adun Hutan Melintang dari PKR, S Kesavan hari ini menyambung mogok lapar di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Putrajaya selepas gagal mendapat maklum balas dari Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengenai daftar pengundi yang meragukan.

Mogok lapar itu juga bertujuan mendesak SPR menerima borang bantahan (c) sebanyak 200 keping lagi pada kadar RM2,000.

Kesavan akan mengadakan mogok lapar selama dua hari bermula 11 pagi hari ini sehingga sabtu depan.

Pada 9 Jun lepas, Kesavan mengadakan mogok lapar di depan SPR Perak juga untuk tujuan yang sama. Namun sehingga kini Pengerusi SPR masih belum memberi sebarang reaksi dan maklum balas mengenai permohonan beliau.

Pembangkang pada 19 Mei lalu membuat bantahan terhadap 129 pengundi meragukan dalam daftar pemilih tambahan dan sebagai tanda protes membayar deposit RM1,290 dalam bentuk wang syiling.

Mereka juga sebelum itu membawa mesin fotokopi sendiri dan penjana elektrik (generator) di kawasan pameran awam untuk membuat salinan daftar itu.

Share This Video


Download

  
Report form