Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita menghargai peranan yang dimainkan umat Islam dalam menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran pangsapuri Menara Grenfell di London pada awal pagi Rabu lalu.
Mereka datang membantu selepas selesai menunaikan ibadah Ramadan.
Kata wanita itu, sekumpulan pemuda Islam, menjadi orang pertama yang sampai di tempat kejadian dan membantu menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran.
Jelasnya, jika tidak, ramai mangsa akan mati terperangkap dalam bangunan itu.
Pada awal pagi Rabu lalu, pangsapuri setinggi 27 tingkat di barat London terbakar, dengan api marak dapat dilihat dari tingkat dua sehingga bahagian atas bangunan.
Ramai mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran di bangunan pangsapuri dikenali sebagai Menara Grenfell yang dibina tahun 1970 itu memandangkan kebakaran berlaku ketika kebanyakan penghuninya sedang tidur.