Sebuah video memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Axia bertindak memberhentikan kenderaannya seketika dan membuka pintu seolah-olah berlaku pelanggaran ketika cuba memasuki di satu persimpangan jalan di Jalan Loke Yew di ibu negara.
Tanpa disedari, kejadian tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang hampir menjadi mangsa buli lelaki itu.
Adegan itu masih tidak berakhir apabila lelaki itu cuba memberhentikan kenderaannya sekali lagi dan keluar lalu mengetuk tingkap cermin kereta mangsa.
Kemudian, lelaki itu berlalu pergi sambil menunjukkan isyarat jari tengah kepada mangsa.
Rakaman yang menjadi tular di media sosial itu mengundang kritikan netizen terhadap tindakan lelaki itu yang dilihat cuba membuli pengguna jalan raya.