"Beliau sanggup jilat ludah, cium mulut dengan musuh," kata Najib

KiniTV 2017-05-12

Views 2

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menempelak tindakan beberapa bekas pemimpin negara yang sanggup mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi mencapai agenda peribadi.

Tanpa menamakan mereka, Najib yang juga Perdana Menteri berkata pemimpin berkenaan termasuk seorang yang pernah disanjung sebagai negarawan, juga sanggup berdamping dengan pihak yang pernah menjadi musuhnya demi memerangi dan menjatuhkan pemimpin UMNO dan BN.

Berucap pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi, Presiden UMNO itu berkata: "Sungguh tidak disangka dan tidak pernah diduga ada satu dua bekas pemimpin negara termasuk bekas negarawan yang pernah kita sanjung, tergamak dan sanggup bersubahat dan berbuat khianat terhadap parti kita."

Beliau menarik perhatian bahawa pemimpin itu sebelum ini mengajar dan membimbing anggota UMNO supaya menanam kebencian terhadap DAP yang dianggap parti cauvinis dan rasis yang membenci orang Melayu dan agama Islam.

"Yang menyedihkan beliau sanggup menjilat ludah, berdamping dan bercium mulut dengan musuh kita, musuh UMNO yang pernah dipimpin beliau selama berpuluh tahun hanya kerana agenda peribadinya," kata beliau.

Share This Video


Download

  
Report form