"Pukul saya," cabar krew penerbangan pada penumpang

KiniTV 2017-04-23

Views 11.9K

Seorang krew penerbangan American Airlines digantung selepas didakwa memukul seorang ibu dengan kereta sorong bayi pada Jumaat, sebelum berlepas dari San Francisco ke Dallas.

Sebuah rakaman video menjadi viral menunjukkan pertengkaran yang melibatkan anak-anak kapal, beberapa penumpang dan seorang wanita menangis memegang bayinya.

Menurut saksi kejadian yang merakam kejadian itu, Surain Adyanthaya, beliau mendakwa ia bermula apabila seorang krew penerbangan merampas kereta sorong bayi lalu memukul ibu itu yang nyaris terkena anaknya.

Dalam video tersebut, wanita yang sedang menangis itu meminta agar kereta sorong itu diletakkan di belakang dan kemudian seorang penumpang lelaki datang ke arah hadapan sambil menuntut nama pekerja krew yang telah mengasari wanita itu.

Sejurus kemudian, lelaki itu berhadapan dengan krew penerbangan itu dengan berkata: "Jika anda berbuat demikian kepada saya, saya akan ketuk kamu hingga rata."

Maka, pertengkaran mulut berlaku sehingga seorang pramugari bertindak meleraikan pergaduhan itu.

Dalam satu kenyataan, American Airlines berkata pihaknya sedang menyiasat dan meminta maaf mengenai insiden tersebut.

American Airlines kata wanita yang terlibat dalam insiden itu dinaik taraf kepada kelas pertama bagi perjalanan mereka.

Share This Video


Download

  
Report form