Walaupun berbaki satu lagi perlawanan untuk peringkat kumpulan, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala AFC 2017.
Menang bergaya malam tadi berdepan Beoungket Angkor FC 3-0 di Stadium Nasioanl Olimpik, Phnom Penh menyaksikan JDT kekal di tangga kedua kumpulan F dengan 10 mata, dua mata dibelakang pendahulu Gobal FC.
Jaringan pertama JDT dihasilkan oleh Safawi Rashid seawal minit kelapan manakal Nazmi Faiz Mansor muncul penjaring kedua pada minit ke-20 dan Gabriel Guerra melengkapkan menangan JDT dengan jaringan pada masa tambahan.