Mungkin ini adalah bantahan paling 'style' yang pernah berlaku dalam arena bola sepak negara apabila penyokong melukis 'emoji' pada kertas dan ditampal pada kerusi di stadium.
'Emoji' yang menggambarkan pelbagai perasaan menjadi protes senyap pilihan penyokong Melaka United (MU) kepada pengurusan pasukan dan pemian terhadap prestasi hambar MU di Liga Super 2017.
Protes ini dipercayai timbul selepas kekalahan memalukan MU kepada JDT 7-0 ketika bertandang ke Larkin.
Ketika protes ini berlaku ketika perlawanan menentang Felda United pada 15 April lalu, di mana kedua pasukan sekadar seri 1-1.