Video: Mufti bukan nabi, ada hak,boleh beri pandangan kedua

KiniTV 2017-03-31

Views 55

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menempelak golongan agama yang menjual agama untuk kepentingan individu dan dunia dengan memanipulasikan orang awam.

Dr Asri berkata, orang awam juga tidak seharusnya menuruti atau mempercayai golongan agama dalam segala perkara sekiranya mereka bukan pakar dalam bidang terbabit.

Sebagai contoh, ada golongan agama yang menjual produk kesihatan dan sebagainya namun tidak mempunyai kepakaran sahih tetang bidang tersebut.

Tegas beliau seperti kes doa berbayar "golongan agama bukan berhala antara manusia dan tuhan, golongan hanya mengkabarkan tentang hukum hakam melalui sunah nabi dan kitab-kitab ulama terdahulu"

Share This Video


Download

  
Report form