Pada majlis penghargaan kepada pemain sensasi Real Madrid, yang namanya diabadikan sebagai nama lapangan terbang di tempat kelahirannya di Pulau Madeira.
Ada yang lebih menjadi tumpuan warga maya daripada majlis itu adalah tugu wajah Beliau yang berada di lapangan terbang tersebut.
Tugu Cristiano Ronaldo telah menenggelamkan cerita-cerita lain yang berkaitan dengan penjenamaan semula lapangan terbang Madeira.
Apa tidaknya, tugu wajahnya itu menjadi bahan jenaka di laman sosial sejak majlis tersebut dengan ramai mengatakan ianya adalh sesuatu yang tidak masuk akal.
Ini kerana menurut ramai peminat Ronaldo, tugu wajah itu langsung tidak menyerupai bintang bola sepak tersebut.
Namun menurut akhbar tempatan pengukir tugu, Emanuel Santos, berkata Ronaldo suka dan tidak mempunyai masalah dengan ukiraanya tersebut.