Video: Fenomena belalai air di Jambatan Pulau Pinang

KiniTV 2017-03-29

Views 6

Satu fenomena luar biasa berlaku di Jambatan Pulau Pinang semalam apabila pengguna gemper terlihat belalai air di sepanjang lautan.

Video kejadian tersebut tular di laman sosial selepas beberapa pengguna jambatan sempat merakam kejadian dan berkongsi.

Belalai air itu bergerak sehingga ke tengah Jambatan Pulau Pinang di mana ketika itu laluan sesak di Jambatan Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Pulau Pinang mengesahkan kejadian fenomena belalai air itu dan berkata ia adalah tidak merbahaya.

"Ketika hujan lebat, kelajuan angin sangat kuat terutamanya di tengah laut. Apabila ia bertembung dengan hujan, ia akan menyebabkan ribut taufan dan membentuk belalai air.

Tambahnya lagi "Ia tidak merbahaya kerana ia hanya bergerak di permukaan air laut sahaja. Ia akan berakhir setelah hujan berhenti dan keadaan angin kembali seperti biasa,".

Share This Video


Download

  
Report form