Tun M: DAP tidak pernah minta jawatan PM, Najib hanya takutkan orang Melayu

KiniTV 2017-01-20

Views 2

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa DAP tidak pernah meminta jawatan Perdana Menteri sekiranya parti itu menguasai arena politik.

Kredit: https://www.youtube.com/watch?v=9nWWfo7AE4Q&feature=youtu.be

Kata Mahathir, isu tersebut sengaja diperbesarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menakutkan orang Melayu kepada parti yang dianggap 'rasis' itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta yang hadir dalam program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana malam Rabu lalu.

Video tersebut dimuat naik minaq jinggo di YouTube.

Mahathir berkata parti komponen BN, MCA lebih bersifat kecinaan berbanding DAP kerana keanggotaan parti itu lebih terbuka kepada semua kaum.

Share This Video


Download

  
Report form