Angka korban akibat banjir di 12 wilayah Thailand sejak 1 Januari lalu meningkat kepada 36 orang.
Pengarah Jabatan Pengawalan dan Pencegahan Bencana Thailand Chatchai Promlert berkata, banjir yang berlarutan selama lebih seminggu itu secara keseluruhan menjejaskan 1.2 juta penduduk daripada 403,478 keluarga.