Lee Jae-Yong yang merupakan naib presiden Samsung Eletronics dan juga anak kepada pengerusi Kumpulan Samsung, Lee Kun-Hee menjadi suspek dalam siasatan skandal rasuah yang melibatkan Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye.
Pendakwa raya mengambil keputusan menyoal Jae-Yong hari ini sebagai seorang suspek.
Skandal itu tertumpu kepada rakan rapat Park, Choi Soon-Sil yang didakwa menggunakan hubungan rapatnya dengan Presiden untuk memeras syarikat menderma berpuluh-puluh juta dolar kepada dua yayasan miliknya.