Jambatan Beipanjiang, merupakan jambatan tertinggi di dunia dibuka secara rasmi di barat daya China hari ini.
Jambatan tersebut memiliki kepanjangan 570 meter, bersamaan ketinggian bangunan 200 tingkat.
Struktur yang merangkumi Lembah Beipanjiang, adalah sebahagian daripada lebuh raya yang menghubungkan bandar Hangzhou di timur Zhejiang dan Bandar Ruili di Yunnan.
Pembinaan jambatan kabel gantung itu mula dibina pada tahun 2013, berharga kira-kira 1 bilion yuan (kira-kira USD150 juta).