Aleppo 'bebas', Bashar ucap tahniah

KiniTV 2016-12-16

Views 3.6K

Presiden Syria, Bashar al-Assad mengucapkan tahniah kepada rakyat Syria sempena 'pembebasan' Aleppo, apabila rakyat dan pejuang pemberontak dipindahkan dari bandar itu.

Pada Isnin lalu, tentera regim Bashar dan sekutunya mengisytiharkan menang di Aleppo, selepas pertahanan pemberontak hancur dan mereka hanya berlindung di kawasan kecil yang diserang habis-habisan.

Wartawan Reuters yang berada di zon dikuasai kerajaan berkata, pengeboman di wilayah ditawan pemberontak di bandar raya itu berterusan tanpa henti semalam dan penduduk awam yang terperangkap menggambarkan keadaan umpama 'Hari Kiamat'.

Share This Video


Download

  
Report form