Seorang pemandu maut selepas keretanya terbakar di Jalan Megah 21, Cheras, di sini, jam 5.20 petang semalam
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan awam pada jam 5.29 petang.
Katanya, lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerahkan ke lokasi.
"Apabila tiba di lokasi, anggota mendapati kebakaran membabitkan sebuah Perodua Kancil.
"Kenderaan itu terbakar 100 peratus dan pemeriksaan mendapati terdapat seorang mangsa tidak diketahui identiti rentung di dalam kereta terbabit.
Tambahnya "semakan nombor pendaftaran mendapati ia milik seorang lelaki berusia 52 tahun beralamat di Taman Murni Batu 9, Cheras,"