Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik perutusan khas sempena Bajet 2017 yang akan dibentangkan esok (Jumaat) di Dewan Rakyat, di Twitternya jam 3 petang tadi.
Kata Najib, Bajet tersebut digubal dalam keadaan persekitaran global yang tidak menentu lagi mencabar, namun sebagai sebuah kerajaan amat prihatin dan sedar untuk membentangkan Bajet yang dapat memberi kelegaan kepada rakyat.