Budak 2 tahun parah terjatuh eskalator ketika didukung bapa

KiniTV 2016-10-17

Views 21K

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah selepas terjatuh dari eskalator aras satu bangunan pusat beli-belah di Bukit Jambul di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kanak-kanak tersebut dikatakan didukung di atas bahu oleh bapanya ketika sedang menaiki eskalator berkenaan.

Bagaimanapun, menurut sumber polis, kanak-kanak itu difahamkan terjatuh selepas bapanya panik kerana mendapati tangan anaknya tersepit pada bahagian pemegang eskalator berkenaan.

Share This Video


Download

  
Report form