Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan UMNO adalah parti yang pertama yang menerima realiti politik kehidupan masyarakat pelbagai kaum.
“Parti UMNO dan orang-orang UMNO redha walaupun pernah satu ketika dahulu ‘dikafirkan’, dicemuh, dihina… namun kita tidak meninggalkan perjuangan berasaskan kepelbagaian kaum," katanya dalam video Media UMNO ketika himpunan Taklimat Bersama UMNO Jentera Penerangan UMNO Terengganu pada Isnin lalu.