Doktor rawat Haron Din menangis terkenang arwah

KiniTV 2016-09-20

Views 12

Anak perempuan Allahyarham Datuk Dr Haron Din memberitahu doktor merawat bapanya yang dikenali sejak 16 tahun lalu, Prof Alan C Yeung dari Pusat Perubatan Universiti Stanford banyak kali menitiskan air mata sejak pemergian Mursyidul Am Pas itu.

Dr. Huda Haron yang dipetik Sinar Harian berkata, Dr Alan menyifatkan Allahyarham bapanya itu sebagai pesakit beliau yang paling baik dan gigih dalam apa juga keadaan.

Menurutnya lagi, Dr Alan sering bersama keluarganya sepanjang detik cemas dan getir mereka di sana.

Share This Video


Download

  
Report form