Bagi memastikan keselamatan hampir dua juta jemaah dari seluruh dunia menyempurnakan rukun Islam kelima terjamjin, pihak berkuasa Arab Saudi sentiasa memantau sebarang kemungkinan berlaku.
Pasukan keselamatan bertugas 24 jam dan sejumlah 5,000 kamera dipasang di tempat strategik sekitar Masjidil Haram dan juga Mina. Helikopter turut digunakan memantau keadaan.